Thursday 15 September 2016

Assalamualaikum semua pembaca.
Setelah sekian lama, aku buka semula blogku yang telah berkurun lama terbiar entah ke mana.
jenuh juga aku mencari blog yang yang dibina dengan pertolongan adikku Mohd Azmi & Siti Asilah ini. Blog yang bakal memberi seribu satu kenangan betapa sukarnya utk meraih segulung ijazah. Memang tidak pernah terlintas difikiran untuk bergelar siswi, tapi kini.....dengan tawa,tangis,suka duka, marah, geram dan segala macam perasaan, tanggal 22 September 2016 aku akan menggenggam segulung ijazah. Fuh!!! memeng x sangka. Pepun Syukur ALHAMDULILLAH YA ALLAH, terima kasih kepada setiap inci ahli keluargaku: Ibuku Siti Murtakiah,suamiku Tarmizi,anak2ku : Nurin, Naqib & Wawa, adik2 ku Asilah & adik yang membantu aku aku dalam tugasan yang tertentu.tak lupa sahabat yang sering berulang alik ke UPSI ; Wan Azizan & Masnurah yang kekal setia hingga ke akhirnya. Tak lupa kepada semua shbt yng sama2 belajar, rakan SK Kg Poh & mrk yang tidak tersebut di sini ( Maap le ye....ramai sgt nk tulis. korang semua tetap owesome ).

Namun, Hajat di hati untuk menyambung di IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN terlaksana juga.
ALHAMDULILLAH, ALLAH mendengar tiap doa ku. SYUKUR.....
Terima kasih kepada semua tenaga pengajarku di IPSI sesi 93/96....UPSI sesi 2012/2016.... Jasamu Tetap KU Kenang.... semoga terus cemerlang di mata dunia..AMIN

Sunday 25 November 2012

Belajar Wudhuk

Wudhuk ialah istilah lain bagi air sembahyang. Sepertimana yang semua pelajar telah ketahui, wudhuk adalah syarat sah solat. mari kita ulangkaji pelajaran wudhuk.

Ia dimulakan dengan niat: 



Selepas berniat, mari pula kita lihat cara-cara berwudhuk. 



Amacam?? Senang kan? Itulah lambang kasih sayang Allah pada hambaNya. Allah memerintahkan kita perkara-perkara yang mudah. tidak memberatkan.

Sesudah selesai berwudhuk, mari baca doa ini. 


Dah selesai?? Mari solat!!

Makna Bacaan Dalam Solat

Solat adalah rukun Islam yang kedua. Ia merupakan tiang agama. Solat yang terbaik adalah solat yang khusyuk. 

Memahami makna bacaan dalam solat membantu kita untuk khusyuk dalam solat. mari kita tonton video berikut untuk mempelajari makna bacaan dalam solat.


Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri

Salam semua.

Rasulullah SAW adalah kekasih Allah yang wajar kita jadikan idola bagi kehidupan kita seharian. mari kita pelajari perkara-perkara mudah bagaimana beliau menjaga kesihatan diri.



Senangkan? Ingat, setiap perbuatan baik mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT. mari bersama kita amalkan.